Monday, 27 June 2011

Feelings

W
ell, rasa-rasanya hari ni saya tidak dapat sudah memendam perasaan yang saya alami sekarang ini. Saya mahu luahkan semuanya hari ni. Saya luahkan dalam blog ni disebabkan, saya tidak dapat meluahkan kepada sesiapa tentang perasaan saya ini. Bukan disebabkan saya tidak ada sahabat atau keluarga. Tetapi saya memang dari kanak-kanak sampailah ke seusia ini hanya dapat memendamkan perasaan melainkan meluahkannya...
Saya masih teringkatkan tentang diri saya yang sebenar. Walau macam mana pun saya berusaha untuk melupakannya, tetapi itu hanyalah usaha yang sia-sia. Saya tidak ingin ingat tentang kewujudan seorang wanita yang bernama Maria Anggau dalam hidup saya. Baru beberapa hari Seminar Hidup Baru diadakan yang mana ada aktiviti penyembuhan batin, tetapi tidak ada kesan kepada diri saya. Dalam penyembuhan batin tersebut, ada dinyatakan untuk memaafkan orang yang pernah kita sakiti dan menyakiti diri kita. Time tu, saya berdoa agar saya dapat memaafkan Ibu Kandung saya iaitu Maria Anggau tetapi, saya tidak dapat memaafkannya kerana teringkatkan hal tentang dia pernah ingin mengugurkan saya semasa saya masih berada dalam kandungannya. Perkara sebegitu amatlah menyakiti saya. Walaupun perkara itu hanyalah berlaku semasa saya masih dalam kandungannya, namun, ianya memberikan kesan yang besar dalam hidup saya walaupun saya sudah seusia ini. Saya mendendami dia. Mama ada berkata kepada saya, asalkan saya sudah mengalirkan air mata, sudah memadai untuk saya memaafkannya. Tetapi hal yang sebenar yang mana hanya diri saya sendiri sahaja yang mengetahuinya adalah saya menangis hanya disebabkan saya merasa marah, kecewa, dan merasa cemburu. Saya marah kepadanya kerana dia ingin mengugurkan saya semasa saya berada dalam kandungannya. Saya kecewa kerana, dia tidak ingin melihat, menyentuh, dan tidak ingin membuatkan saya mengenalinya selepas kelahiran saya ke dunia ini. Saya cemburu kerana, Kiduk mengenali ibu kandungnya dan semasa seminar, Kiduk dapat memeluk ibu kandungnya. Saya teringin merasa apa yang kiduk rasakan semasa memeluk ibu kandungnya. Tetapi itu mustahil untuk saya. Hrm…. Saya tidak tahu bila saya akan bertemu dan mengenalinya. Saya berharap saya akan bertemu dengannya suatu hari nanti. Tetapi, perkara yang saya takuti adalah apabila saya sudah bertemu dengannya, saya akan melakukan sesuatu yang menyakitkannya. Ini kerana saya seperti mendendamkan perkara yang telah terjadi kepada saya. Oh God! Tolonglah saya… Saya tidak mampu menanggung lagi perasaan seperti ini. Tolonglah jauhkan saya perasaan ini.. 

No comments:

Post a Comment